IBU,

Terima kasih kerana menjagaku,
Terima kasih kerana mendidikku,
Terima kasih kerana mengajar aku erti tabah,
Terima kasih kerana menyayangiku,
Terima kasih kerana membesarkanku,
Terima kasih atas pengorbananmu,
Terima kasih diatas kesabaranmu menjagaku....

Terima kasih ibu....


Ibu...ibu engkaulah ratu hatiku.Inilah ibuku yang tersayang.Terlalu banyak pengorbanannya terhadap diriku.Ibu tidak pernah reti penat,sabar,berkorban apa saje untuk membahagiakan aku.Sesungguhnya keramat seorang yang bergelar ibu terlalu besar.Inilah ibuku Hajjah Zaitun Binti Galung.Semoga ibu sihat sejahtera dan bahagia selalu.


Mutiara kata buat renungan;

Doa seorang perempuan itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda," Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."



Gambar kenangan ini adalah gambar ibu dan abah yang tersayang.Gambar ini diambil semasa mereka baru mendirikan rumahtangga pada tahun 1962.Sewaktu itu ibu masih berusia 14 tahun dan abah berusia 21 tahun.Kini telah hampir 47 tahun usia perkahwinannya berkekalan hingga kini.Semoga mak dan abah sentiasa sihat sejahtera dan bahagia disamping anak dan cucu-cucunya.




Ini keluarga abang kedua saya.Dari kiri abang Azam, anak saudara Mohd.Dani Zikri,kak Ida,Balqis,Nurain Sazwani dan kakak yang sulung Marahaini Najwa.







HARI RAYA 2009
Ini gambar kenangan saya bersama keluarga abang sulung saya dan mak dan ayah tersayang. Dari kiri saya noraini,anak saudara kak ngah, abah, mak,aisyah,kak lin dan abang sulung saya Mohd.Kamal.Tiga anak saudara dibaris hadapan ialah abang chit,abang dee dan siti mariam.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin.






LAGU DOA

Hanya padamu aku meminta
Sesungguhnya kau pemurah
Ampuni segala dosaku
Kesejahteraan kedamaian
Keimanan ketaqwaan
Pintaku dari-Mu Tuhan

Selawat serta salam
Buat nabi Junjungan
kepada Muslimin da Muslimat

Ya Allah Ya Tuhanku
Aku mendengar seruan
Dan hanya kepada-Mu
Ku beriman

Kerana-Mu aku disini
Kepada-Mu aku kembali
Apabila tiba saatnya nanti
Sehingga tiba detik itu
ku bermohon hanya dari-Mu

Engkau peliharalah diriku
Dengan namamuya
Allah yang Agung
Yang pengasih
Yang Pengampun
Kepadmuku berlindung.....

Lagu: Rahimah Rahim









0 comments:

Post a Comment