Semasa blog ini ditulis hari ini adalah 31 Disember 2009. Maka telah hampir tertutuplah tirai tahun 2009 dan tirai baru fasa kehidupan 2010 akan tersingkap. Sepanjang tahun 2009 ini banyak kenangan dan perkara yang telah berlaku dalam setiap kehidupan manusia, begitu juga diriku.

Terlalu pantas masa berlalu, dan akan bermulalah tugas menerima karenah pelajar-pelajar baru. Tugas perlu diteruskan. Perkara yang tidak mungkin saya lupakan pada tahun 2009 apabila aku telah tercapai hajat untuk lulus ptk2 dan yang lebih menyeronokan lagi apabila dapat berpeluang mendapat ilmu membuat blog bersama guru media di sekolah. Kenangan ini sukar untuk dilupakan....Sebenarnya terlalu banyak peristiwa yang berlaku sepanjang tahun 2009, biarlah ia menjadi kenangan di dalam ingatan. Selamat tinggal 2009, selamat datang 2010.Semoga di maal hijrah dan tahun baru ini kehidupan akan lebih disinari kejayaan dan kebahagian.Insyaallah.


SELAMAT TINGGAL 2009!

0 comments:

Post a Comment