Terlalu pantas masa berlalu, dan akan bermulalah tugas menerima karenah pelajar-pelajar baru. Tugas perlu diteruskan. Perkara yang tidak mungkin saya lupakan pada tahun 2009 apabila aku telah tercapai hajat untuk lulus ptk2 dan yang lebih menyeronokan lagi apabila dapat berpeluang mendapat ilmu membuat blog bersama guru media di sekolah. Kenangan ini sukar untuk dilupakan....Sebenarnya terlalu banyak peristiwa yang berlaku sepanjang tahun 2009, biarlah ia menjadi kenangan di dalam ingatan. Selamat tinggal 2009, selamat datang 2010.Semoga di maal hijrah dan tahun baru ini kehidupan akan lebih disinari kejayaan dan kebahagian.Insyaallah.
Terlalu pantas masa berlalu, dan akan bermulalah tugas menerima karenah pelajar-pelajar baru. Tugas perlu diteruskan. Perkara yang tidak mungkin saya lupakan pada tahun 2009 apabila aku telah tercapai hajat untuk lulus ptk2 dan yang lebih menyeronokan lagi apabila dapat berpeluang mendapat ilmu membuat blog bersama guru media di sekolah. Kenangan ini sukar untuk dilupakan....Sebenarnya terlalu banyak peristiwa yang berlaku sepanjang tahun 2009, biarlah ia menjadi kenangan di dalam ingatan. Selamat tinggal 2009, selamat datang 2010.Semoga di maal hijrah dan tahun baru ini kehidupan akan lebih disinari kejayaan dan kebahagian.Insyaallah.
Orang kata aku lahir dari perut ibu...
Bila dahaga yang suapkan aku..ibu
Bila lapar, yang suapkan aku...ibu...
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut....Ibu!
Bila bangun tidur, aku cari ....ibu
Bila menangis, orang pertama yang datang ...ibu
Bila nak bermanja...aku dekati ibu
Bila nak bergesel....aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku..ibu
Bila merajuk ...yang memujukku cuma ...ibu
Bila melakukan kesalahan...yang paling cepat marah...ibu
Bila takut... yang tenangkan aku...ibu
Aku selalu teringatkan.... ibu
Bila sedih aku mesti telefon...ibu
bila seronok...orang pertama aku nak beritahu...ibu
Bila bengang...aku suka luah pada ...ibu
Bila takut, aku selalu panggil.."ibuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!"
Bila sakit, orang paling risau adalah ...ibu
Bila merajuk yang datang memujuk aku juga...ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu....ibu
Bila ada masalah, yang paling risau...ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ini....ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku...ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, ibu
Yang selalu berleter kat aku....ibu
Yang selalu nasihat aku....ibu
Bila nak kahwin.......
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.......ibu
Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok.....aku cari pasanganku
Bila sedih..... aku cari ibu
Bila berjaya....aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal.....aku ceritakan pada ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku pelukerat ibuku
Bila nak bercuti .........aku bawa pasanganku
Bila sibuk ....aku hantar anak ke rumah ibu
Bila sambut valentine.... Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu......
aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu.....aku ingat pasanganku
Selalu.... ibu ingat pada aku
Bila ....bila.....aku akan hubungi pasanganku
Entah bila....aku nak telefon ibu
Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.....aku nak belikan hadiah untuk ibuku
Petikan ini diambil dari naskah Keramat Seorang Ibu
Hasil karya : Mohamedmad Qayum A.Badaruddin
Aku telah menamatkan belajar di kolej pada tahun 2001. Selama 3 tahun aku menuntut ilmu dalam bidang perakaunan di Kolej Islam Johor.Banyak kenangan suka dan duka bersama rakan-rakan semasa sama-sama belajar disana yang sukar untuk dilupakan sepanjang hayatku.Sesungguhnya pengalaman hidup berdikari bersama rakan-rakan menjadi satu kenangan yang tidak akan aku lupakan.Sepanjang belajar selama 3 tahun di perantauan boleh dikatakan setiap hari aku berhubung dengan mak melalui telefon public walaupun cuma sebentar bertanya kabar,sehinggakan mak sendiri aku ni memang lain dari adik-beradik yang lain tak boleh lekang untuk menelefon...Maklumlah anak perempuan...
Sebelum itu, diakhir semester aku telah melangkah alam pekerjaan iaitu praktikal selama 4 bulan di Tabung Haji Kluang.Pada waktu itu aku menetap sementara di rumah abang sulungku di Taman Seri Kluang.Banyak pengalaman semasa bertugas di sana. Aku mula belajar apa itu erti bekerja.Pengalaman belajar dan dialam pekerjaan memang jauh yang ku sangka. Aku terpaksa belajar untuk menyelesaikan masalah orang lain.Seronok dapat bekerja di situ kerana semua kakitangan Tabung Haji berkenaan ramah dan baik melayanku...Lebih menyeronokkan bila dapat cenderamata dari pegawai-pegawai yang baru balik dari menunaikan haji. Sesekali aku diberi kepercayaan untuk berada di kaunter untuk melayan tetamu menyelesaikan masalah mereka, mengira wang, mengaudit potongan gaji pekerja dan yang lebih berat bila terpaksa membantu pegawai kepada bakal jemaah haji untuk mendaptar dan yang ingin pergi haji dalam waktu itu. Semua pengalaman itu menjadi pengalaman berharga buatku. Pada tahun itu juga emak dan abah pergi menunaikan seruan Haji.Syukur Alhamdulillah akhirnya mak dan abah dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci.Kami sekeluarga gembira dan bersyukur kepada Allah kerana telah mengizinkan hajat mak dan abahku.Semasa mak dan abah pergi ke Tanah suci aku demam, maklum la terlalu rindu dan jarang berjauhan terlalu lama.Aku sampai termimpi-mimpi terlalu rindu.Bila mak dan abah telah selamat pulang ku dakap erat untuk melepaskan rindu.Pada waktu itu baru ku tahu betapa sunyinya bila kehilangan mak dan abah walaupun sebentar....
Setelah tamat praktikal aku pulang ke kampung.Mula-mula duduk dirumah saje.Tapi bila lama-kelamam aku mula resah untuk mencari pekerjaan. Pengalaman mencari kerja ke hulu ke hilir memang mengajar aku erti kesabaran. Sebelum ini, telah banyak pengalaman kerja kilang yang aku lalui dari pembuat fdd komputer, menjahit pakaian, melipat kain, memotong benang, memasang komponen elektronik dan bermacam lagi.walaupun hanya bercuti semester aku tidak melepaskan peluang untuk bekerja memenuhi masa lapang dan tidak mahu membebankan orang tua.. Aku sanggup naik turun bas pergi ke satu kilang demi satu kilang hanya untuk bekerja sebagai operator pengeluaran atau kerani.Tapi aku hampir putus asa kerana pada waktu itu ekonomi mengalami kegawatan dan aku sukar untuk mendapatkan pekerjaan meskipun hanya sebagai operator pengeluaran kilang.Aku tetap bersabar dan teruskan usaha. Aku bukan jenis yang suka memilih pekerjaan walaupun hanya menjadi operator pengeluaran dan bergaji kecil bagiku aku mencari kerja untuk mencari duit yang halal. Mungkin sesetengah pendapat orang bekerja kilang terlalu rendah. Aku tak hiraukan kata-kata orang, siapa yang akan tolong diri kita kalau bukan diri kita sendiri. Hampir 6 bulan aku cuba berusaha.
Akhirnya aku terdetik untuk mengikut sepupuku bekerja di kilang yang dia bekarja sebagai melipat kain di kilang gimmil.sdn.bhd.Aku diterima bekerja.Lega rasanya,sekurang-kurangnya dapat juga aku mencari duit poket sendiri.Aku pun bekerja melipat kain dengan cekapnya.Walaupun mula-mula aku lambat untuk melakukannya akhirnya aku menjadi cekap melakukannya.Dari kain baby yang kecil sampailah kain sebesar orang negro pun aku lipat.Terlalu banyak pengalaman semasa bekerja di kilang itu.Badan penat pun aku gagah-gagahkan juga untuk menyiapkan kerjaku.Boleh dikatakan aku jarang duduk semasa membuat kerja melipat kain itu kerana nak cepat dan pantas.Aku memang mudah mendapat kawan.Kawan-kawanku di kilang terlalu ramai tak kira dari golongan muda atau makcik-makcik.Semua baik dan ramah seperti satu keluarga.Aku pernah mendapat gaji sehari hanya 10 ringgit kerana kain tak ada untuk dilipat.terlalu sedikit.dan pengalaman aku bekerja keluar dari rumah seawal 6.30 pagi balik sampai 12 tengah malam pun pernah aku lalui.Semuanya kerana terpaksa bekerja lebih masa kerana kain yang dilipat perlu di hantar segera ke pelabuhan untuk di eksport.Penat tak dapat nak cakap.kaki bengkak,menangis bila kepenatan semua telah aku lalui.Baru aku tahu betapa susahnya untuk aku mencari rezeki.Lebih menyedihkan lagi bila ayahku marah-marah sebab aku balik lewat.Tapi aku diam dan terus tidur menahan kesakitan kaki yang bengkak kerana terlalu lama berdiri.
Setelah hampir 4 bulan aku bekerja di kilang itu, selepas balik kerja ibuku berkata ada orang menelefon dari pejabat buruh memanggilku nutuk ditemuduga sebagai kerani akaun di syarikat swasta milik orang melayu.Aku bersyukur.Dalam mindaku terdetik ini satu permulaan yang baik harus aku cuba. Esoknya aku pun pergi ke syarikat itu dan mencuba nasib.Kalau anda ingin tahu,semasa aku temuduga itu adalah hari lahirku 28 Ogos.Mak berkata mendoakan aku mudah-mudahan aku akan mendapat pekerjaan itu.Ternyata doa seorang ibu itu makbul di sisi Allah.Memang benar aku telah dapat pekerjaan itu.Syukur Alhamdulillah...lalu aku pun mengambil keputusan berhenti kerja kilang.Sedih juga meninggalkan rakan-rakan kilang tapi aku perlu berubah arah.
Bermulala pengalaman kerjaku sebagai kerani akuan di syarikat swasta mencuci dan pembersihan sekolah-sekolah dan pasar raya juga universiti.Termasuklah sekolah yang aku bekerja kini.Semas bekerja menjadi kerani akuan terlalu banyak pengalaman kerja yang mengajar aku erti kesabaran yang tinggi, melayan kerenah pelanggan dari pelbagai sekolah,aku terpaksa menyelesaikan sendiri masalah-masalah syarikat.Kadang-kadang aku tak sangka aku dapat melakukannya.Setakat kena marah,kena komen aku dah lali.Aku sentiasa berfikir positif dan cuba ubtuk menyelesaikan setiap masalah dalam syarikat.Selain kewangan aku kena pegang ,aku juga menjalankan kerja-kerja pentadbiran syarikat.Walaupun aku duduk di pejabat yang selesa,berhawa dingin,berkerusi empuk ,mengadap komputer 8 jam dari pukul 9 hingga 5 ptg tetapi fikiranku penat,berserabut untuk menyiapakan kerja yang bertimbun dan menyelesaikan masalah pekerja-pekerja bawahan.Aku terus bersabar dan kuatkan semangat.Tetapi aku bersyukur sekarang kerana aku telah melalui pengalaman itu,sesunnguhnya pengalaman itu tidak dapat kita perolehi jika tidak dicari.Aku telah jadi mahir menguruskan kewangan syarikat,membuat akaun syarikat dan bermacam lagi kerja aku lakukan.Hampir setahun aku bekerja di tempat itu.Sepanjang aku bekerja di bandar aku terpaksa menaiki 2 bas untuk sampai ke tempat kerja.
Tanpa disangka pulang dari kerja, mak memberi aku surat.lalu aku buka dan sungguh tidak aku sangka aku telah diterima kerja kerajaan sebagai Pembantu Makmal Sains.Syukur Alhamdulillah.Mak memelukku.Berkat doa mak abah dan berkat kesabaran aku bertahun-tahun akhirnya pada tarikh 18 Ogos 2003 aku diterima bekerja tetap sebagai Pembantu makmal.yang mambuat aku tak sangka itu la hadiah paling bermakna dalam hidupku mendapat pekerjaan tetap pada hampir hari lahirku lagi.itulah yang dinamakan rezeki.Semuanya telah tertulis dan telah ditentukan Allah.Dan yang paling mengembirakan aku aku mendapat pekerjaan hampir dengan tempat tinggalku.Tempat itu ialah SMK.Dato'Sulaiman. Bermula la tugas baruku sebagai Pembantu makmal di sekolah menengah itu.Mungkin inilah pekerjaanku yang akan aku lalui sehingga di hari tua nanti.Aku bersyukur mendapat kerja dikalangan orang yang berilmu dan tempat ilmu.Sememangnya aku suka tempat ilmu dan akan terus mencari ilmu....Mencari ilmu itu tiada penghujungnya...Kini baru aku tahu bahawa pengalaman lalu amat berharga dan aku bersyukur kerana melalui kepayahan itu dahulu...
KENANGAN MANIS
Sepanjang bekerja sebagai Pembantu Makmal Sains di sekolah menengah ini aku berasa seronok dan tenang sekali..Aku terpaksa belajar perkara baru yang aku sendiri tidak pernah terfikir untuk melakukannya. Tapi aku amat bersyukur kerana Allah seperti tahu apa yang aku inginkan. Aku memang suka bekerja di sekolah yang tidak lari dari terus mencari ilmu. Mencari ilmu tidak semestinya belajar tinggi-tinggi sahaja tetapi mencari ilmu dan terus berusaha mempertingkatkan ilmu serta mutu dalam kerja juga merupakan ilmu yang perlu di cari dan diterokai. Aku kini mula meminati badang sains. Seronok sebenarnya, dan yang lebih menyeronokkan bila kita dapat membantu guru dan pelajar mendapatkan jawapan dan keputusan dalam setiap ujikaji yang telah dijalankan.
KESYUKURAN KEPADA YANG MAHA ESA.
Aku bersyukur kepada Allah, kerana dengan izinnya aku telah lulus cemerlang dalam ptk1 pada tahun 2007 dan ptk2 pada tahun 2009. Itulah kenangan yang sukar aku lupakan sepanjang berkhidmat di sekolah ini selama hampir 8 tahun. Sebenarnya aku sungguh tidak menyangka akan lulus dangan secepat ini. Dan semua ini juga adalah berkat doa ibu dan bapa... Tetapi aku berpegang bahawa semua ini telah ditentukan oleh Allah. Sebenarnya sebelum mendapatnya aku menghadapi pelbagai dugaan yang benar-benar mencabar diriku. Ku kuatkan semangat dan yakin walau apapun yang terjadi Allah yang lebih berkuasa..Kuasanya tiada siapa yang boleh menghalangnya bila DIA berkehendak...
MUTIARA KATA ISLAM
JANGAN IMPIKAN SUAMI SEHEBAT RASULLAH S.A.W JIKA DIRI TIDAK SEANGGUN SAIDATINA KHADIJAH .
SESIAPA YANG MENINGGALKAN CINTA DUNIA YANG BERLEBIHAN AKAN DIKURNIAKAN CINTA AKHIRAT YANG HAKIKI .
PANDANGAN MATA SELALU MENIPU , PANDANGAN AKAL SELALU TERSALAH , PANDANGAN NAFSU SELALU MELULU , PANDANGAN HATI ITU YANG HAKIKI , JIKA LAHIRNYA DARI IMAN DAN TAQWA .
ILMU ADALAH HARTA KEPADA SI MISKIN , ADALAH KEHORMATAN BAGI SI KAYA , ADALAH KENANGAN DI HARI TUA . o USAHA + TAWAKKAL + DOA = KEJAYAAN DAN KEREDHAAN ALLAH.
BERPIJAK DI ATAS BUMI NYATA , BAGAI MENITI JAMBATAN BARA . OLEH ITU , PILIHLAH JALAN YANG LURUS DAN BENAR AGAR KITA MENCAPAI KESEMPURNAAN DAN KEBAHAGIAAN HIDUP .
DI MANA ADA KEMAHUAN , DI SITU ADA JALAN , DI MANA ADA KEMENANGAN , DI SITU ADA KECEMERLANGAN.
JADIKAN KEYAKINAN SEBAGAI PEGANGAN HIDUP , DORONGAN SEBAGAI TEMAN SETIA , PUTUS ASA DIJADIKAN MUSUH DURJANA , DAN JADIKAN TEKUN DAN USAHA SEBAGAI TANGGA KEJAYAAN .
YANG DI ATAS ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA YANG DI BAWAH , TETAPI APABILA SUDAH BERADA DI ATAS , JANGANLAH DILUPAI YANG DI BAWAH KERANA DI BAWAHLAH PUNCANYA DI ATAS .
SEBAIK – BAIK SAHABAT ITU IALAH ORANG YANG TIDAK PERNAH BERUBAH KEBAIKANNYA , MESKIPUN ZAMAN TERUS BERUBAH .
CARILAH ILMU KERANA APABILA KAMU KUFUR MAKA ILMU ITULAH HARTAMU DAN BILA KAMU KAYA , ILMU ITU MENJADI PERHIASAN DIRIMU .
BERIMAN DAN BERILMU SUMBERNYA IALAH ILMU . ILMU DIPEROLEHI DENGAN BELAJAR . TIDAK
BARANGSIAPA YANG TIDAK ADA ADAB , BERERTI DIA TIDAK ADA ILMU . BARANGSIAPA YANG TIDAK ADA KESABARAN , BERERTI DIA TIDAK ADA AGAMA . DAN BARANGSIAPA YANG TIDAK ADA SIFAT WARAK , BERERTI DIA TIDAK DEKAT DENGAN TUHANNYA - HASAN BASRI -
GELAP ITU ADA LIMA PERKARA . GELAP HARI KERANA MALAM ; GELAP MATA KERANA BUTA ; GELAP OTAK KERANA TIDAK BERILMU ; GELAP HATI KERANA TIDAK BERAGAMA ; DAN GELAP KEHIDUPAN KERANA LEMAH EKONOMI .
ILMU ITU ADALAH SEBAIK – BAIK PUSAKA - ALI BIN ABI TALIB .
ADA EMPAT TANDA – TANDA ORANG YANG BERAKAL : CINTA PADA ILMU , TIDAK BERUBAH MUKANYA WAKTU MENERIMA UMPAT DAN PUJI , BAGUS JAWAPAN DAN BANYAK BENARNYA . CENDEKIAWAN .
ORANG YANG BERBUDI PEKERTI MULIA DAN BERILMU ITU JERNIH MUKANYA ; LAPANG DADANYA ; DAN SUCI HATINYA DAN LEMAH LEMBUT PERKATAANNYA DAN BAIK SEGALA PERBUATANNYA - HUKAMA’ .
EMPAT TANDA KESEMPURNAAN : ILMU DENGAN MANFAAT , AGAMA DENGAN TAQWA , AMAL DENGAN NIAT SERTA KEMULIAAN DENGAN KELEBIHAN . – ZAHID.
ORANG YANG BERILMU ITU SELALU MENANG DALAM PERGAULAN KERANA DIA MEMBIASAKAN SENYUM APABILA DICACI , LEMAH LEMBUT BILA DIHINA , DIAM BILA DIMARAHI DAN MEMBALAS KEBAIKAN BILA ORANG BERBUAT KEJAHATAN .
TUJUAN PENDIDIKAN YANG PALING TINGGI BUKANLAH PENGETAHUANNYA TETAPI TINGKAHLAKU ATAU PERBUATANNYA , ERTINYA MEMPRAKTIKKAN ILMU PENGETAHUAN YANG B DIPELAJARINYA - ABDUL ISLAMI .
APABILA MENINGGAL DUNIA SEORANG MANUSIA , MAKA PUTUSLAH AMALNYA KECUALI TIGA PERKARA IAITU ILMU YANG BERMANFAAT , ANAK SOLEH YANG MENDOAKAN DAN SEDEKAH JARIAH IAITU HARTA YANG DIWAKAFKAN . - HADIS –
1. BARANGSIAPA YANG MATI DALAM MENUNTUT ILMU BERTUJUAN UNTUK MENGHIDUPKAN ISLAM , MAKA ANTARA DIA DAN PARA NABI ADALAH SATU DARJAT DALAM SYURGA - HADIS .
2. BARANGSIAPA YANG MENUNTUT ILMU , BERERTI DIA MENCARI SYURGA . DAN BARANGSIAPA YANG BERBUAT DOSA , BERERTI DIA MENCARI NERAKA - SAIDINA ALI.
3. ILMU DAN KEPANDAIAN ITU ADALAH SAHABAT YANG SETIA DALAM HIDUP SAMPAI KE PENGHUJUNG UMUR KITA .
4. ILMU ITU WARISAN NABI – NABI , SEDANGKAN HARTA ADALAH WARISAN QARUN , SYIDAD DAN FIR’AUN .
5. ILMU AKAN MENJAGA PEMILIK ILMU , SEDANGKAN HARTA MINTA DIJAGA.
6. ORANG YANG BERILMU DISEBUT KARIM ( MULIA ) SEDANGKAN ORANG YANG BERHARTA DISBUT BAKHIL .
7. HARTA AKAN ROSAK DITELAN ZAMAN SEDANGKAN ILMU TETAP KEKAL UTUH .
8. ORANG BERHARTA AKAN LUPA MENGAKU ALLAH TETAPI ORANG YANG BERILMU AKAN INGAT DAN MENGAKU SEBAGAI HAMBA ALLAH .
9. HARTA BOLEH DICURI SEDANGKAN ILMU TIDAK BOLEH DICURI .
10. ORANG YANG BERHARTA AKAN DIHISAB SEDANGKAN ORANG YANG BERILMU MENDAPAT SYAFAAT .
11. INSAN YANG BERILMU RAMAI KAWANNYA SEDANGKAN ORANG YANG BERHARTA BANYAK MUSUHNYA .
12. SECARA SEMULAJADI SEMUA MANUSIA ITU SAMA , TAPI PELAJARANLAH YANG MENJADIKAN MEREKA CUKUP BERBEZA - BIDALAN CINA .
13. KEJAYAAN CEMERLANG ITU MEMBAHAGIAKAN . SAMPAI BILAKAH ANDA SANGGUP BERDUKACITA.
14. KEJAYAAN ITU BUAH HASIL DARI KEMAHUAN YANG TINGGI DAN USAHA YANG GIGIH.
15. KEJAYAAN BUKAN DATANG SEKALI . KEJAYAAN ITU MERINTIS KEJAYAAN . BILA SUDAH MENCAPAI KEJAYAAN DI SATU TAHAP , MAKA KITA HARUSLAH TERUSKAN LAGI USAHA UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN YANG LEBIH TINGGI. BERUSAHALAH HINGGA SAMPAI SAATNYA AJAL KITA .
16. AKAL ITU ADALAH PENASIHAT MANAKALA NAFSU MERUNTUN AGAR KITA LALAI .
17. TIDAK ADA KEJAYAAN TANPA PERLU BERSUSAH – SUSAH
18. ADA MASA KITA PERLU MENANGIS AGAR KITA TAHU DUNIA IN BUKAN UNTUK KETAWA . ADA MASA KITA PERLU KETAWA AGAR KITA TAHU BETAPA BERNILAINYA SETITIS AIR MATA .
19. HIDUPLAH BIARLAH BERBAKTI BIARPUN TIDAK DIPUJI.
20. KEGAGALAN ITU MERUPAKAN GURU YANG PALINA BERKESAN .
21. KEJAYAAN BERMULA DRI SIKAP PERCAYA PADA DIRI SENDIRI DAN KESEDIAAN UNTUK MENGAKUI KEADAAN DIRINYA SECARA JUJUR .
22.
SEBAIK – BAIK KAWAN ADALAH ORANG YANG MEMERHATIKAN KEPENTINGANMU , BUKAN KERANA KEPENTINGAN YANG DIHARAPKAN DARIPADAMU UNTUK DIRINYA .
23. UNSUR TERKECIL PALING BERHARGA PADA MANUSIA ADALAH PEMAHAMAN DIRI , KERANA DARI SANA SEMUA CITA – CITA DAPAT DICAPAI .
24. IMPIAN IALAH SESUATU YANG DISERTAI DENGAN PERBUATAN , JIKA TIDAK DISERTAKAN DENGAN PERBUATAN MAKA IA DISEBUT ANGAN – ANGAN .
25. BERCAKAP TANPA BERFIKIR SEPERTI MENEMBAK TANPA SASARAN - FULLER –
26. JANGAN TANYA APA YANG DIBUAT OLEH NEGARA UNTUKMU , TETAPI TANYALAH APA YANG BOLEH KAMU BUAT UNTUK NEGARA - ABRAHAM LINCOLN .
27. MANUSIA LAHIR DIBEKALI DUA MATA DENGAN SATU MULUT AGAR DIA BOLEH MELIHAT DUA KALI LEBIH BANYAK DARIPADA BERCAKAP - COLTON -
28. SESIAPA YANG CINTA KERANA ALLAH , MARAH KERANA ALLAH , MEMBERI KERANA ALLAH , MENEGAK KERANA ALLAH , MAKA SESUNGGUHNYA TELAH SEMPURNA IMANNYA - ABU DAUD DAN AT – TERMIZI –
29. SESUNGGUHNYA ENGKAU TIDAK AKAN MEMPEROLEH APA YANG ENGKAU SUKAI , MELAINKAN DENGAN KESABARANMU ATAS APA YANG TELAH ENGKAU SUKAI - NABI ISA A.S –
30. AGAMA TANPA ILMU ADALAH BUTA , MANAKALA ILMU TANPA AGAMA ADALAH LUMPUH - ALBERT EINSTEIN .
31. CITA – CITA PERLU BAGI MANUSIA YANG HIDUP . MANUSIA YANG TIDAK MEMPUNYAI CITA – CITA SEPERTI MATI KERANA HAKIKATNYA MANUSIA YANG TIDAK BERCITA – CITA SUDAH MATI BATINNYA DAN KEMATIAN BATINNYA SAMALAH SEPERTI HIDUP DALAM KUBUR - ABU HANAFIAH –.
32. URUSAN YANG KECIL AKAN MENJADI BESAR BAGI ORANG YANG BERJIWA KECIL , MANAKALA URUSAN YANG BESAR AKAN MENJADI KECIL BAGI ORANG YANG BERJIWA BESAR . oKATA – KATA YANG LEMAH LEMBUT DAN BERADAP DAPAT MELEMBUTKAN HATI MANUSIA YANG KERAS .
33. KALAU KITA MEMERINTAH KEKAYAAN , KITA AKAN MENJADI KAYA DAN BEBAS , SEBALIKNYA KALAU KEKAYAAN MEMERINTAH KITA , KITA AKAN MENJADI MISKIN . - EDMURD BURKE .
34. ORANG YANG MEMILIKI KECINTAAN YANG BAIK , MALU UNTUK MELAKUKAN KEJAHATAN .
35. JANGAN SEPERTI AYAM JANTAN YANG INGAT BAHAWA MATAHARI TERBIT UNTUK MENDENGAR KOKOKNYA .
36. KEBAHAGIAAN ITU TIDAK SENTIASA KESENANGAN , TETAPI BIASANYA KEMENANGAN – FOSDICK.
37. ORANG YANG BELUM PERNAH GAGAL SEBENARNA ORANG YANG BELUM PERNAH MENCUBA - EMMET LE COMPTE –
38. KATA – KATA YANG LEMAH LEMBUT DAN BARADAB DAPAT MELEMBUTKAN HATI MANUSIA YANG KERAS .
39. ORANG YANG HANYA MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI AKAN MENCIPTA BANYAK LAWAN - CONFICIUS –
40. KEMULIAAN HATI IALAH MEMBERI MAAF ATAS KESALAHAN KAWAN – KAWANYA.
41. JANGAN DIIKUT PERANGAI LAMPU , MENERANGI ORANG LAIN TETAPI DIRINYA SENDIRI TERBAKAR . SEBALIKNYA CONTOHILAH PERANGAI BULAN , SETIAP KALI BERTENTANGAN DENGAN MATAHARI , BULAN AKAN MENDAPAT CAHAYA - AL – KINDI.
42. JANGAN MENGELUH HANYA KERANA TIDAK MEMPUNYAI KASUT SEBELUM MELIHAT ORA NG YANG TIDAK MEMPUNYAI KAKI - EDWARD YOUNG.
43. KEIKHLASAN ITU MEMBERSIHKAN DARIPADA SEGALA KEKOTORAN - AL-JUNAID AL-BAGHDAD.
44. APABILA SESUATU BANGSA ITU MENGHINA BANGSANYA , KETIKA ITULAH BANGSA LAIN TURUT MENGHINANYA.
45. ORANG YANG PALING TIDAK BAHAGIA IALAH MEREKA YANG PALING TAKUT AKAN PERUBAHAN - MITZ - ORANG CEMERLANG SELALU MEMBENTUK NIAT YANG MURNI UNTUK SETIAP KEGIATAN YANG DILAKUKAN - DATO’ DR. FADZILAH KAMSAH .
46. ORANG CEMERLANG SENTIASA MELAKUKAN SETIAP KEGIATAN SEBAIK MUNGKIN . KOMIYMEN TERHADAP TUGAS AMAT TINGGI DAN SENTIASA MEMBUAT PERSEDIAAN RAPI - DATO’ DR FADZILAH KAMSAH .
47. ORANG CEMERLANG SENTIASA MENCARI PENGHALANG ATAU PEMBANTUT KECEMERLANGAN . KEBANYAKAN ORANG ENGGAN MENERIMA HAKIKAT YANG MEREKA SEBENARNYA BERMASALAH - DATO’ DR FADZILAH KAMSAH.
48. ORANG CEMERLANG SENTIASA MENCARI HIKMAH ATAS SETIAP APA YANG BERLAKU . MEREKA SENTIASA REDHA DAN BERSYUKUR - DATO’ DR FADZILAH KAMSAH.
49. ORANG CEMERLANG SENTIASA MENJAGA IBADAH DENGAN SEMPURNA . ORANG YANG INGKAR PERINTAH TUHAN PASTI GAGAL DUNIA AKHIRAT - DATO’ DR FADZILAH KAMSAH.
50. ORANG CEMERLANG SENTIASA FOKUS PADA KEJAYAAN DAN MEMPUNYAI VISI DAN MISI YANG BESAR DAN BERMAKNA - DATO’ DR FADZILAH KAMSAH.
51. ORANG CEMERLANG SENTIASA DAHAGAKAN ILMU DAN BERTERUSAN MENCARI ILMU . BERAPA BUAH BUKU YANG ANDA BELI SETIAP BULAN ? KITA PELU BELAJAR DAN BELAJAR - DATO’ DR FADZILAH KAMSAH.
52. ORANG CEMERLANG SENTIASA BELAJAR DARIPADA KESILAPAN LALU . ORANG YANG BERJAYA BUKANNYA TIDAK PERNAH JATUH , TETAPI BANGKIT SEMULA SETIAP KALI JATUH . KEGAGALAN EBENAR IALAH APABILA KITA BERHENTI MENCUBA . - DATO’ DR FADZILAH KAMSAH.
53. ORANG CEMERLANG SENTIASA CERIA DAN BERSEMANGAT . GUNAKAN PELBAGAI KAEDAH DAN CARA BAGI MEMASTIKAN KITA CERIA AN BERSEMANGAT SETIAP HARI . - DATO’ DR FADZILAH KAMSAH.
54. ORANG CEMERLANG SENTIASA FOKUS PADA APA YANG DAPAT DILAKUKAN DAN TIDAK PERLU RISAU BERKENAAN APA YANG TIDAK MAMPU DILAKUKAN - DATO’ DR FADZILAH KAMSAH
55. JAGALAH DIRIMU DARI API NERAKA MESKIPUN SENGAN SEDEKAH DARI SEBIJI KURMA , MAKA JIKA TIDAK DAPAT , MAKA SEPATAH KATA YANG BAIK . - SABDA RASULULLAH .
56. PERMULAAN AMALAN SESEORANG HAMBA YANG DIKIRA DI HARI KIAMAT IALAH SEMBAHYANG , MAKA JIKA BAIK SEMBAHYANGNYA MAKA DIKIRA BAIKLAH SELURUH AMALANNYA , JIKA ROSAK SEMBAHYANGNYA MAKA ROSAKLAH SELURUH AMALANNYA .
57. JANGAN TERTARIK KEPADA SESEORANG KERANA PARASNYA , SEBAB KEELOKKAN PARAS BOLEH MENYESATKAN.
58. JANGAN PULA TERTARIK KEPADA KEKAYAANNYA KERANA KEKAYAAN BOLEH MUSNAH . TERTARIKLAH KEPADA SESEORANG YANG DAPAT MEMBUATMU TERSENYUM , KERANA HANYA SENYUM YANG DAPAT MEMBUAT HARI – HARI YANG GELAP MENJADI CERAH .
59. BENAR BAHAWA KITA TIDAK TAHU APA YANG KITA MILIKI SAMPAI KITA KEHILANGANNYA , TETAPI BENAR PULA BAHAWA KITA TIDAK TAHU APA YANG BELUM PERNAH KITA MILIKI SAMPAI KITA MENDAPATKANNYA .
60. AMBILLAH WAKTU UNTUK BERFIKIR , ITU ADALAH SUMBER KEKUATAN AMBILLAH WAKTU UNTUK BERMAIN , ITU ADALAH RAHSIA MASA MUDA YANG ABADI . AMBILLAH WAKTU UNTUK BERDOA , ITU ADALAH SUMBER KETENANGAN . AMBILLAH WAKTU UNTUK BELAJAR , ITU ADALAH SUMBER KEBIJAKSANAAN .
61. DARI KESUSAHAN ITU AKAN DIPEROLEH KESENANGAN DAN KEBAHAGIAAN , SEPERTI DURIAN BERDURI KERANA SEDAP ISINYA , KULIT MANGGIS PAHIT SEBAB MANIS DI DALAMNYA , DAN BUNGA ROS BERDURI KERANA HARUM BAUNYA .
62. KASIHILAH ORANG YANG ENGKAU KASIHI SEKADARNYA, MUNGKIN DIA AKAN MENJADI ORANG YANG ENGKAU BENCI SUATU HARI NANTI . BENCILAH ORANG YANG ENGKAU BENCI SEKADARNYA , MUNGKIN DIA AKAN MENJADI KESAYANGANMU PADA SUATU HARI NANTI .
63. KITA SENTIASA MEMPERTAHANKAN APA YANG KITA TAHU SEDANGKAN KITA SEPATUTNYA TAHU BAHAWA TAK SEMUA YANG KITA TAHU ADALAH BENAR .
64. KEPUASAN TERLETAK PADA USAHA , BUKAN PENCAPAIAN .
65. SEBANYAK MANA USAHA YANG KITA TABURKAN , SEBANYAK ITULAH GANJARAN ATAU HASIL YANG KITA PEROLEHI .
66. ORANG YANG BERJAYA IALAH MEREKA YANG MENYEDARI KELEMAHANNYA DAN BERUSAHA MENGATASINYA SERTA TAHU KELEBIHAN DAN BIJAK MEMANFAATKANNYA .
1) Doa Wanita
Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
2) Pahala Wanita Bersalin
Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
3) Kelebihan Melahirkan Anak
Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
4) Kelebihan Menyusukan Anak.
Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
5) Pahala Memelihara Anak.
Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
6) Menggembirakan Perempuan.
Barang siapa yang menggembirakan seseorang perempuan, maka darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
7) Keistimewaan Anak Perempuan.
Barang siapa membawa hadiah, (barang makan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah kita mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan, seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
8) Ganjaran Wanita Solehah
Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
9) Hak Suami dan Ibu
Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasuluulah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, " Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya."
10) Keutamaan Terhadap Ibu
Apabila memanggil akan engkau 2 rang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
11) Kelebihan Mentaati Suami
Wanita yang taat akan suaminya, ikan-ikan di laut,burung diudara, malaikat dilangit, matahari dan bulan semua beristiqfar baginya selam mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
12) Ganjaran Mentaati Suami
Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dikehendaki dengan tidak dihisab.
13) Keistimewaan Seorang Ibu
Syurga itu dibawah tapak kaki ibu.
14) Ganjaran Memelihara Anak
Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi SAW) di dalam syurga.
15) Ihsan Terhadap Perempuan.
Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, syurga ialah tempatnya.
16) Penghalang Api Neraka
Daripada Aisyah r.a, Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
17) Tidaklah seorang wanita yang haid itu, kecuali haidnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu dan apabila pada hari pertama haidnya membaca " Alhamdulillahi 'alaa kulli Halin Wa Astaqhfirullah.Segala puji bagi Allah dalam dari segala dosa." maka allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah Allah SWT mengangkatnya ke atas darjat,seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidnya.
18) Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
19) Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
20) Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
21) Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
22) Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
23) Wanita yang menghabiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan hamba.
24) Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dihiburkan hati anaknya Allah memberi 12 pahala ibadat.
Renungan:
".......dan hendaklah kamu berbuat baik dengan sesungguhnya kepada ibu bapa....sesungguhnya Allah itu tidak suka kepada orang yang sombong dengan perbuatannya, sombong dengan perkataanya."
(An-Nisa':36)