Saya dan rombongan sekolah pergi lawatan ke Singapura pada 24.10.2011 hari Isnin.Kami bertolak pada pukul 7 pagi sebanyak 2 bas semuanya. Walaupun aku tahu matawang disana besar nilainya tetapi bagiku peluang untuk melihat negara orang mungkin hanya sekali bagiku.Ini adalah pertama kali aku ingin menjejaki bumi negara Singapura. Tujuanku hanya sekadar untuk melihat negara orang,mencari pengalaman, membuka minda melihat dunia luar sambil melawat tempat yang menarik. Kami terpaksa melalui 2 tempat imegresen sebelum betul-betul melepasi sempadan negara itu. Imegresen Johor Baharu dan juga Imegresen Singapura. Bukan mudah untuk memasuki negara orang. Tetapi itu semua pengalaman yang berharga buat diriku.
Lama sudah aku tidak menulis diblogku ini...Hampir setahun.Mungkin aku sibuk setelah berumahtangga. Rindu untukku menulis,mencoret apa yang bermanfaat buat tatapan teman-teman...Terima kasih melayari blog ini...
DOA KETIKA SUKAR MENYELESAIKAN SESUATU URUSAN “ WAHAI TUHANKU, tiada yang mudah melainkan apa yang telah engkau jadikannya mudah dan Engkau menghapuskan dukacita dengan mudah jika Engkau kehendaki.”
DOA KETIKA MENDENGAR KEMATIAN ATAU KEMALANGAN “ BAHAWASANYA kami kepunyaan Allah dan bahawasanya kami pasti kembali kepada-Nya.”
DOA MENGELAK MUDARAT “ DENGAN nama Allah yang dengan nama-Nya itu tidak mendatangkan mudarat sesuatu pun sama ada di langit atau di bumi dan Dialah Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
DOA MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA PENYAKIT BERAT. “ WAHAI Allah, sesungguhnya aku berlindung diri kepada-Mu daripada penyakit sopak, gila, penyakit kusta dan penyakit berat.” (Riwayat Abu Daud)
DOA MEMOHON KESIHATAN TUBUH BADAN ( Dibaca pada waktu pagi dan petang). “ YA ALLAH, kurniakanlah kesihatan pada badan hamba, Ya Allah kurniakanlah kesihatan pada telinga hamba, Ya Allah, kurniakanlah kesihatan pada mata hamba, Ya Allah , hamba berlindung kepada-Mu daripada kekufuran dan kepapaan, Ya Allah, hamba berlindung kepada-Mu daripada kesengsaraan azab kubur, tiada Tuhan melainkan Engkau.”
DOA ANAK UNTUK IBU BAPA “ YA ALLAH, ampunilah kedua-dua ibu bapaku dan cucurilah rahmat kepada mereka sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendididkku ketika kecil.”
DOA KETIKA KELUAR RUMAH “ DENGAN NAMA ALLAH ( aku keluar). Aku bertawakal kepada-Nya dan tiada daya upaya kecuali dengan izin Allah.”
“DENGAN NAMA ALLAH (dalam keadaan) aku menyerahkan diri kepada Allah, tiada daya upaya ( dalam segala urusan) melainkan dengan Allah jua.”
“ YA ALLAH. Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu, jangan sampai aku sesat dan disesatkan ( syaitan atau orang yang berwatak syaitan) , berbuat kesalahan atau disalahi, menganiaya atau dianiaya (orang) dan bodoh atau dibodohi”.
DOA MASUK RUMAH “ DENGAN NANA ALLAH kami masuk (ke rumah), dengan nama Allah, kami keluar (darinya) dan kepada Tuhan kami, kami bertawakal.”
DOA MEMOHON PERLINDUNGAN DARIPADA KEJAHATAN SEMUA MAKHLUK. “YA ALLAH, TUHAN KAMI, Engkau Tuhan, Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Engkau. Kepada Engkau kami bertawakal dan Engkaulah Tuhan Arasy yang Maha Besar.
Sesuatu yang dikehendaki Allah pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki Allah pasti tidak akan berlaku. Tiada daya upaya dan tiada sebarang kekuatan yang dapat menjaya dan menggagalkan sesuatu melainkan dengan keizinan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.Kami mengetahui sesungguhnya Allah atas tiap-tiap sesuatu amat berkuasa.Dan, sesungguhnya Allah meliputi pengetahuannya pada tiap-tiap sesuatu.
Ya Allah, Tuhan kami. Sesungguhnya kami memohon berlindung dengan Engkau daripada kejahatan dan keburukan pada diri kami dan daripada kejahatan tiap-tiap makhluk yang melata (jin, syaitan, binatang dan manusia). Engkaulah yang mengawasi ubun-ubunnya (segala gerak geri). Sesungguhnya Tuhan kami di atas jalan yang benar.
Dan cucurilah rahmat dan kesejahteraan ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad s.a.w dan atas keluarganya serta sahabat-sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.
Amalkan membaca doa ini selalu, jika tiada kesempatan pun seumur hidup. Insya-Allah akan terhindar dari penyakit yang berbahaya. Menurut riwayat, doa ini adalah menjadi amalan abi Darda , seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w yang didapatinya daripada baginda.
Sungguh cantik pokok dan bunga-bunga kaktus ini semua. Kami berasa seperti di satu kawasan gurun pasir yang penuh dengan pokok kaktus.Di Taman ini kami mengabadikan foto kenangan bersama teman-teman sekerja.
Inilah Taman Kaktus yang amat saya sukai di sekolah SMK.Dato Sulaiman.Pokok-pokok kaktusnya sangat cantik dan telah berusia hampir 10 tahun. Terdapat pelbagai jenis spesis kaktus yang terdapat di Taman kaktus ini. Kadangkala agak sukar untuk kita melihat pokok kaktus yang boleh mengeluarkan bunga,tetapi saya berpeluang melihat sendiri bunga-bunga kaktus di taman ini.
Kini Taman Kaktus ini sudah tiada dan foto ini diambil sebagai satu-satu kenangan untuk tatapan semua teman-teman.
Setelah Abu Hassan mengerjakan ibadah haji,tiba-tiba dia terpandang seorang wanita yang berseri mukanta lalu berkata, “ Demi Allah, aku tidak pernah melihat wanita yang berseri wajahnya sebelum ini, tentu dia tidak pernah manghadapi sebarang masalah.”
Mendengar kata-kata itu, wanita itu menjawab, “Apa yang kamu katakana itu tidak betul, aku sendiri sedang menanggung penderitaan yang amat sangat dan dalam masalah ini tiada siapa yang boleh dipersalahkan.”
“Bagaiman terjadi demikan?” Tanya Abu Hassan.
Jawab wanita ini, “Suatu hari suamiku telah menyembelih seekor kambing dengan disaksikan oleh keempat-empat anakku. Seorang telah berkahwin, dua masih kanak-kanak dan yang bongsunya masih menyusu. Berkatalah anakku yang tengah kepada adiknya, “ Kamu ingin tahu bagaimana ayah kitamenyembelih kambing?” Si adik mengangguk. Maka dilentangkan adiknya lalu disembelih. Melihatkan darah yang mengalir, ia menjadi takut lalu lari ke dalam hutan. Akhirnya ia dimakan oleh serigala di sana. Suamiku yang pergi mencarinya di hutan turut meninggal kerana kehausan. Aku pun keluar dari rumah untuk mencari suamiku dengan meninggalkan anak kecil. Anak ini pun merangkakke dapur lalu ditariknya periuk yang sedang mendidih maka tersimbahlah air panas ke badannya dan dia mati di situ.Berita ini sampai kepada anakku yang tua. Kerana terkejut ia jatuh pengsan lalu mati. Kini tinggallah aku sebatang karta.”
Soal Hassan lagi, “ Bagaiman kamu boleh bersabar dengan pelbagai ujian yang maha hebat ini?”
Jawab wanita ini, “Sesungguhnya antara kesabaran dan keluhan adalah dua jalan yang berbeza. Sabar adalah dengan memperbaiki batianiah, membersihkan hati serta menerima segala sesuatu itu kerana Allah. Adapun mengeluh adalah sifat dan tanda orang yang tidak ikhlas kepada Allah.”
Ini merupakan kisah teladan yang menarik buat saya untuk di jadikan sebagai teladan dan pedoman dalam kehidupan kita. Sesungguhnya kita tidak dinafikan setiap manusia akan menghadapi pelbagai ujian dalam hidup ini. Semoga kisah ini dapat menjadi pengajaran dan peringatan buat kita semua. Antara keluhan kesabaran itu adalah dua jalan yang berbeza.
Suatu ketika,Nabi Sulaiman pernah memerintahkan jin Ifrit menyelam ke dasar laut. Di sana jin Ifrit telah menemui sebuah kubah yang ditatahi dengan peemata putih. Kubah itu lalu diangkat ke darat untuk ditunjukkan kepada Nabi Sulaiman. Setelah dibuka kubah itu, didapatinya ada seorang pemuda tinggal di dalamnya. Kerana terlalu hairan, Sulaiman pun bertanya, “ Siapakah engkau ini, dari bangsa jin atau manusia, bagaiman engkau memperoleh karomah seperti ini?”
Pemuda itu pun bercerita, “Dahulu aku ada seorang ibu yang sangat tua lagi lemah sehingga akulah yang menguruskan segala keperluan hariannya. Tangan inilah yang mendukungnya, menyuap makanan ke mulutnya,membasuh pakaiannya, bahkan segala-galanya, sedangkan ibuku selalu mendoakan untukku. Antara doa yang sering diucapnya ialah, “ Ya Allah, murahkanlah rezeki anakku, kurniakanlah dia kebahagian dan tempatkanlah dia di suatu tempat yang bukan di bumi atau di langit.” Setelah ibunya meninggal, sedang ia berjalan di tepi pantai lalu bertemulah dengan kubah ini.
Sulaiman bertanya lagi, “ Bagaimana kamu makan?”
Jawab pemuda itu, “Jika aku lapar, Allah akan menumbuhkan sebuah pohon di dalamnya begitu juga bila aku dahaga,maka akan mengalirlah air yang sangat bersih.”
Selesai bercerita, pemuda itu pun segera berdoa untuk kembali tinggal di dalam kubah itu. Demikianlah ganjaran bagi orang muda yang berjasa terhadapibunya.
Kisah ini banyak memberi pedoman dan renungan buat diri saya sendiri dan semua rakan-rakan pembaca blog ini.
Inilah sebahagian rakan-rakan yang bersemangat untuk bersama-sama mempelajari ilmu ict dan dalam membina blog. Rakan-rakan saya terdiri dari kalangan guru-guru dan pembantu makmal.
Cikgu Ayu adalah seorang guru yang tidak jemu-jemu melayan karenah kami dalam belajar ict membina blog ini. Usaha untuk membina blog ini memerlukan kesabaran dan masa yang panjang. Bagi saya peluang yang datang hanya sekali sahaja dan sukar untuk berulang kembali. Ilmu tidak akan datang bergolek jika tidak kita cari dan terus cari. Semakin banyak ilmu yang kita perolehi sebenarnya semakin banyak yang kita tidak ketahui.
Cikgu Ayu sedang menerangkan sesuatu kepada kami semua dalam membina blog masing-masing.
Saya amat seronok dan teruja sekali dapat menuntut ilmu dalam membina email dan blog dari cikgu Ayu. Banyak ilmu yang saya perolehi dari kelas ini.Walaupun kelas ict ini diadakan pada cuti sekolah dan cuti hujung minggu saya akan cuba untuk meluangkan masa mencari ilmu dari Cikgu Ayu.Terima kasih Cikgu Ayu kerana sudi meluangkan masa mengajar kami semua.
Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup.
Bunga Orkid cantik....
SANTAI..
Pernikahanku
rama-rama....terbang bebas diudara.....
KASIH SAYANG...
Burung kakak tua
Renungan...
Membalas kebaikan dengan kejahatan adalah perangai yang serendah-rendahnya. membalas kejahatan dengan kejahatan, bukanlah prikemanusiaan. Membalas kebaikan dengan kebaikan adalah hal biasa.Membalas kejahatan dengan kebaikan adalah cita-cita kemanusiaan yang setingginya.
Bunga Raya...
RENUNGAN...
ORANG YANG BIJAKSANA TIDAK SESEKALI DUDUK MERATAPI KEGAGALANNYA,TAPI DENGAN LAPANG HATI MENCARI JALAN BAGAIMANA MEMULIHKAN KEMBALI KERUGIAN YANG DI DERITAINYA.
Disebalik keindahan rumah berseragam, disebalik senyum dan takwa, seseorang insan itu mungkin dilanda kepahitan dan kekecewaan yang tidak diketahui orang lain....
Sungguh indah ciptaan Allah
RENUNGAN
*Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya. *Harta itu racun,zakat itu ubatnya. *Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya. *Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya. *Seluruh tahun itu racun, Ramadan itu ubatnya.
Comelnya kucing ni...
Bunga Raya Pink..
Ani dan miau...
Segar minda...
SEMALAM SEJARAH YANG TIDAK BOLEH DIPINDA, HARI INI ADALAH KHAYALAN YANG BELUM NYATA, ESOK ADALAH HARAPAN YANG PASTI ADA...
MOTIVASI DIRI
JANGAN SESEKALI MENYALAHKAN KESILAPAN DIRI SENDIRI KEPADA ORANG LAIN KERANA ORANG YANG TIDAK MENGAKUI KELEMAHAN DIRI SUKAR UNTUK BERJAYA.
Pelayar blog...
ILMU...
ILMU PENYULUH HIDUP, AMAL BEKALAN PERJALANAN, HIASAN JIWA DAN PERIBADI MENUJU DESTINASI YANG SUDAH PASTI....
sekuntum mawar merah....
SINOPSIS BLOG
Blog ini ditulis untuk kenangan bersama keluarga kesayanganku.Selain itu, saya juga ingin berkongsi karya-karya yang saya minati dan berkongsi pengalaman.
FIKIR-FIKIR
Peliharalah minda anda dengan pemikiran-pemikiran yang berguna serta bernas kerana anda tidak akan mancapai kejayaan lebih daripada apa yang anda fikirkan.
Satu kesilapan bukan lagi boleh dkatakan kesalahan sehinggalah kita tidak mengambil langkah untuk membetulkannya.
Seksaan yang paling hina ialah jatuh dari puncak kemegahan yang disangkakan akan kekal. - HAMKA-
Pemandangan
Indahnya ciptaan Allah
KATA-KATA MUTIARA
Saya mengalu-alukan jika ada sesiapa yang mempunyai koleksi kata-kata mutiara dan hikmah untuk tatapan,ingatan dan kata-kata semangat.Sebarang cadangan dialu-alukan.
Indahnya ciptaan Allah.
KATA HIKMAH
"INDAH Manusia kerana "Akhlak", INDAH Bulan kerana "Cahaya", INDAH "Cinta" kerana "Sayang", INDAH Benda kerana "Hiasan" tapi INDAHNYA "Hati" kerana"Keikhlasan"...
mutiara kata
Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada ialah DIAM. Bahasa yang paling manis ialah SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.
cantiknya...
SENJATA SENYUMAN
Sekali senyum, curiga hilang, dua kali senyum, jadi sahabat, tiga kali senyum, hati penuh damai, empat kali senyum, beban jadi ringan, lima kali senyum, rezeki datang, enam kali senyum, keluarga rukun.-kata-kata pujangga-
nak bagi bunga ke...
fikir-fikirkan
Perkataan "mustahil" itu hanya ada dalam kamus orang yang dungu. (Napoleon Bonaparte, Maharaja Perancis)
INGATAN BERSAMA
Manusia adalah insan kerdil yang sentiasa cenderung melakukan kesilapan....Berdampinglah kamu dengan insan-insan yang mampu menasihatimu apabila kamu melakukan kesalahan... serta insan yang mampu menerima teguran apabila dia melakukan kesilapan ..... kerana manusia itu diciptakan saling memerlukan antara satu sama lain.....