KISAH TELADAN

PEMUDA YANG BERBAKTI DENGAN IBUNYA.


Suatu ketika,Nabi Sulaiman pernah memerintahkan jin Ifrit menyelam ke dasar laut. Di sana jin Ifrit telah menemui sebuah kubah yang ditatahi dengan peemata putih. Kubah itu lalu diangkat ke darat untuk ditunjukkan kepada Nabi Sulaiman. Setelah dibuka kubah itu, didapatinya ada seorang pemuda tinggal di dalamnya. Kerana terlalu hairan, Sulaiman pun bertanya, “ Siapakah engkau ini, dari bangsa jin atau manusia, bagaiman engkau memperoleh karomah seperti ini?”


Pemuda itu pun bercerita, “Dahulu aku ada seorang ibu yang sangat tua lagi lemah sehingga akulah yang menguruskan segala keperluan hariannya. Tangan inilah yang mendukungnya, menyuap makanan ke mulutnya,membasuh pakaiannya, bahkan segala-galanya, sedangkan ibuku selalu mendoakan untukku. Antara doa yang sering diucapnya ialah, “ Ya Allah, murahkanlah rezeki anakku, kurniakanlah dia kebahagian dan tempatkanlah dia di suatu tempat yang bukan di bumi atau di langit.” Setelah ibunya meninggal, sedang ia berjalan di tepi pantai lalu bertemulah dengan kubah ini.


Sulaiman bertanya lagi, “ Bagaimana kamu makan?”


Jawab pemuda itu, “Jika aku lapar, Allah akan menumbuhkan sebuah pohon di dalamnya begitu juga bila aku dahaga,maka akan mengalirlah air yang sangat bersih.”

Selesai bercerita, pemuda itu pun segera berdoa untuk kembali tinggal di dalam kubah itu. Demikianlah ganjaran bagi orang muda yang berjasa terhadap ibunya.

  • Kisah ini banyak memberi pedoman dan renungan buat diri saya sendiri dan semua rakan-rakan pembaca blog ini.

0 comments:

Post a Comment