SEBELUM KAMU MENGELUH

1) Hari ini sebelum kamu mengatakan kata-kata yang tidak baik,fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berbicara sama sekali.

2) Sebelum kamu mengeluh tentang rasa dari makananmu, fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

3) Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa, fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta di jalanan.

4) Sebelum kamu mengeluh bahawa kamu buruk, fikirkan tentang seseorang yang berada pada tingkat yang terburuk dalam hidupnya.

5) Sebelum kamu mengeluh tentang suami atau isteri kamu, fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

6) Hari ini sebelum kamu mengeluh tentang hidupmu, fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

7) Sebelum kamu mengeluh tentang anakmu, fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

8) Sebelum kamu mengeluh tentang rumahmu yang kotor kerana pembantumu tidak mengerjakan tugasnya, fikirkan tentang orang yang tinggal di jalanan.

9) Sebelum kamu mengeluh tentang jauhnya kamu telah mengembara, fikirkan tentang seseorang yang menemouh jarak yang sama dengan berjalan.

10) Dan di saat kamu lelah dan tentang pekerjaanmu, fikirkan tentang pengangguran, orang cacat yang mengharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kamu.

11) Sebelum kamu menunjukkan jaridan menyalahkan orang lain, ingatlah bahawa tidak ada seorang pun yang tidak berdosa.

12) Kita semua menjawab kepada Sang Pencipta. Dan ketika kamu sedang bersedih dan hidupmu dalam kesusahan, tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kamu masih hidup.

13) Cintai orang lain dengan perkatan dan perbuatanmu.

14) Cinta diciptakan tidak untuk disimpan atau disembunyikan.

15) Anda tidak mencintai seseorang kerana dia cantik atau tampan. Mereka cantik/tampan kerana anda mencintainya.


Mengapa kita suka mengeluh.Sesungguhnya mengeluh itu seperti kita menolak takdir dari Tuhan untuk kita. Muhasabah diri, nilai diri sendiri....
PANTUN NASIHAT

Anak rusa masuk ke taman
Puas sudah orang memburu
Kalau muda jadikan teman
Kalau tua jadikan guru

Berakit ke hulu dengan bergalah
Buluh pecah terbelah dua
Orang tua jangan dilangkah
Kelak biadap dituduhnya pula

Rusa betina berbelang kaki
Mati terkena jerat sembat
Orang yang muda kita sanjungi
Orang yang tua kita hormat

Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Suruh makan awak makan
Suruh mengaji awak tak mahu

Anna Abadi membeli halia
memesan membeli laksa
Jadilah insan berhati mulia
Baik hati berbudi bahasa





PERPADUAN

Burung kedidi dipohon nangka,
Anak bayan hingga di dahan,
Orang berbudi kita berbahasa,
Mesra ikatan erat perpaduan.

Pergi ke darat mencari rotan,
Singgah turun memasang jerat,
Kita sepakat seiring sejalan,
Sama membangun teknologi maklumat.

Pergi ke hulu mengail betutu,
Ikan timan masak berlada,
Rakyat bersatu bertambah mutu,
Mendukung wawasan pemimpin berjasa.

Pergi Bintangor memakai sepatu,
Di Bukit Bangunan mencari rotan,
Negeri makmur rakyat bersatu,
Siasah pembangunan jadi pegangan.

Pergi ke muara mencari kepah,
Jual seraga di pasar tani,
Apa gunanya kita berpecah,
Marilah kita bersatu hati.

Dari kedah ke Kuala kubu,
Tunai hajat bersuka ria,
Banyak hikmah hidup bersatu,
Seluruh rakyat berasa bahagia.

Daun palas dilipat-lipat,
Buat kelupis di pagi raya,
Lama sudah hidup sepakat,
Hidup harmonis bertambah jaya.

Burung helang terbang rendah,
Terbang berkawan di pohon nangka,
Jalur gemilang berkibar megah,
Lambang perpaduan bangsa merdeka.

Kalau hilir ke Kuala Sadong,
Bawa bersama jala dan pukat,
Bulat air kerana pembantung,
Majukan Malaysia kita sepakat.

Belajar perahu ke Kuala Paloh,
Membawa serai bersama sayur,
Kalau bersatu kita kan teguh,
Andai bercerai bangsa kan hancur.

Gunung Santubung indah ceria,
Di hati tersemat kasih terikat,
Tolong menolong amalan mulia,
Jiran sepakat membawa berkat.





IBU,

Terima kasih kerana menjagaku,
Terima kasih kerana mendidikku,
Terima kasih kerana mengajar aku erti tabah,
Terima kasih kerana menyayangiku,
Terima kasih kerana membesarkanku,
Terima kasih atas pengorbananmu,
Terima kasih diatas kesabaranmu menjagaku....

Terima kasih ibu....


Ibu...ibu engkaulah ratu hatiku.Inilah ibuku yang tersayang.Terlalu banyak pengorbanannya terhadap diriku.Ibu tidak pernah reti penat,sabar,berkorban apa saje untuk membahagiakan aku.Sesungguhnya keramat seorang yang bergelar ibu terlalu besar.Inilah ibuku Hajjah Zaitun Binti Galung.Semoga ibu sihat sejahtera dan bahagia selalu.


Mutiara kata buat renungan;

Doa seorang perempuan itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda," Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."



Gambar kenangan ini adalah gambar ibu dan abah yang tersayang.Gambar ini diambil semasa mereka baru mendirikan rumahtangga pada tahun 1962.Sewaktu itu ibu masih berusia 14 tahun dan abah berusia 21 tahun.Kini telah hampir 47 tahun usia perkahwinannya berkekalan hingga kini.Semoga mak dan abah sentiasa sihat sejahtera dan bahagia disamping anak dan cucu-cucunya.




Ini keluarga abang kedua saya.Dari kiri abang Azam, anak saudara Mohd.Dani Zikri,kak Ida,Balqis,Nurain Sazwani dan kakak yang sulung Marahaini Najwa.







HARI RAYA 2009
Ini gambar kenangan saya bersama keluarga abang sulung saya dan mak dan ayah tersayang. Dari kiri saya noraini,anak saudara kak ngah, abah, mak,aisyah,kak lin dan abang sulung saya Mohd.Kamal.Tiga anak saudara dibaris hadapan ialah abang chit,abang dee dan siti mariam.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin.






LAGU DOA

Hanya padamu aku meminta
Sesungguhnya kau pemurah
Ampuni segala dosaku
Kesejahteraan kedamaian
Keimanan ketaqwaan
Pintaku dari-Mu Tuhan

Selawat serta salam
Buat nabi Junjungan
kepada Muslimin da Muslimat

Ya Allah Ya Tuhanku
Aku mendengar seruan
Dan hanya kepada-Mu
Ku beriman

Kerana-Mu aku disini
Kepada-Mu aku kembali
Apabila tiba saatnya nanti
Sehingga tiba detik itu
ku bermohon hanya dari-Mu

Engkau peliharalah diriku
Dengan namamuya
Allah yang Agung
Yang pengasih
Yang Pengampun
Kepadmuku berlindung.....

Lagu: Rahimah Rahim