TERIMA KASIH GURU.

Aku kini seorang Perdana Menteri yang memimpin negara,
Aku kini seorang peniaga atau usahawan,
Aku kini seorang Jurutera,
Aku kini seorang peguam ,
Aku kini seorang Doktor yang mengubati pesakit,
Aku kini seorang pegawai kerajaan dan swasta,
Aku kini seorang Guru,
Aku kini seorang Ilmuan,
Apa jua yang mereka katakan,
Walau apa pun kerja dan jawatan,

Tidak kira yang rendah atau tinggi,
Disektor kerajaan mahupun swasta,
Walau apa saja sumbanganmu pada bangsa dan negara,
Kejayaanmu ini kini,
Permulaanya adalah dari insane bernama GURU,

Guru yang telah mendidikku,
Mengajarku, berkorban masa dan tenaga ,
Tidak jemu-jemu mencurahkan ilmu,
Demi anak bangsa,
Tanpa mengenal erti rasa jemu,
Walapun hati guru kadangkala disakiti,
Dari sebahagian dari anak didikmu,
Namun guru,
Engkau terus hadapi segalanya dengan tabah,
Penuh kesabaran demi amanah,
Untuk kemajuan anak bangsamu,

Guru,
Engkaulah pelita ilmu,
Ilmu yang telah guru curahkan,
Tidak akan kami semua lupai,
Hingga ke akhir hayat.

Guru,
Teruskanlah perjuangan,
Kerana perjuangan mendidik anak bangsa,
Masih banyak belum selesai,

Terima kasih Guru,
Terima kasih Guru,
Terima kasih Guru,
Engkaulah umpama ibu dan ayah,
yang tidak pernah berputus asa,
mencurahkan ilmu kepada kami,
Tanpa tunjuk ajarmu,
Tidak mungkin kami dapat menjadi,
Penyambung warisan anak bangsamu,
Yang tercinta….


Semoga keikhlasanmu guru,
Akan mendapat ganjaran dan keberkatan,
Dari yang Maha Esa.
Terima kasih guru,
Selamat Hari Guru….


SELAMAT HARI GURU SAYA UCAPKAN KEPADA SEMUA GURU-GURU DI MALAYSIA SERTA RAKAN-RAKAN YANG TELAH MENJADI PENDIDIK ANAK BANGSA (16 MEI 2010)….
SELAMAT HARI GURU TERUTAMA GURU YANG TELAH MENGAJARKU DI SK.SERI MAIMON,SMK.PENGHULU SAAD DAN KOLEJ ISLAM JOHOR..JASAMU AKAN TETAP KAMI KENANG …TERIMA KASIH CIKGU…




Nukilan sajak dari:
Noraini Mohd.Aripin
Pembantu Makmal Sains
SMK.Dato’Sulaiman
16 Mei 2010

0 comments:

Post a Comment