#Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

#Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan.

#Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menetukan kebahagiaan.

#Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.

#Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh kerana itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada yang Maha Berkuasa.

#Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.

#Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.

#Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.

#Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali.

#Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang.

#Orang cerdik yang mengenal dunai, terungkap baginya musuh yang berbaju kawan.

#Pengumpul harta belum tentu memanfaatkannya, dan yang memanfaatkan hart belum tentu yang mengumpulkannya.

#Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu baik. Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus.

#Jangan abaikan permintaan orang, kalau tidak mahu permintaan kamu diabaikan orang.

#Barangsiapa membawa berita tentang orang lain kepadamu, maka dia akan membawa berita tentang dirimu kepada orang lain.


#Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia hilang barulah manusia benar-benar merasa kehilangannya.

#Orang yang berbohong itu sentiasaa ingin melarikan diri sedangkan tiada seorang pun yang mengejarnya namun orang yang benar itu berani seperti singa.

#Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup.

#Kemarahan tidak boleh berumur panjang didada seorang yang berhati baik, kebaikan tidak boleh berakar di hati seseorang yang berdasar buruk.

#Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

#Mengharukan sekali, orang yang mencuci wajahnya berkali-kali dalam sehari, tetapi tidak mancuci hatinya walaupun sekali setahun.

#Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang diberi secara ikhlas ibarat pisau bedah yang boleh membuang segala luka emosi.

#Segala hal yang lahir akan mati, tetapi cahaya kehidupan yang dipancarkan akan selalu bersinar untuk selamanya.

#Hari yang mendatangtidak akan memberikan sembarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan.

#Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malamgnya bagi mereka yang hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.

#Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yang paling berkesan.

#Musibah dalam harta lebih ringan daripada musibah dalam kehormatan.

#Masa depan yang cerah selalu tergantung pada masa lalu yang dilupakan. Kita tidak dapat meneruskan hidup dengan baik jika tidak dapat melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu.

#Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan daripada usaha yang besar.

#Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.

0 comments:

Post a Comment