JANGAN BERSEDIH. ( DON’T SAD )

JANGAN BERSEDIH KERANA KESUSAHAN YANG BERTUBI-TUBI.

Anda tidak perlu bersedih ketika kesusahan menimpa berbagai masalah menimpa bertubi-tubi dan berbagai rintangan datang menghalang. Anda hanya perlu bersabar dan bertahan, kerana pertolongan Allah S.W.T sudah hampir.

Sesungguhnya kesabaran itu lebih memberikan kedamaian daripada kesedihan dan ketabahan itu lebih memberikan perkara-perkara yang positif daripada kelemahan.

Orang yang dengan kesedarannya sendiri tidak bersabar maka keadaanlah kemudian yang akan memaksanya bersabar.

Maka, berbahagialah orang-orang yang ditimpa musubah atas kesabaran dan kerelaan mereka terhadap yang Maha Mengambil, Maha Pemberi, Maha Mengekang lagi Maha Lapang.

Menyerahkan semua urusan kepada Allah S.W.T, bertawakal kepadanya, percaya terhadap janji-janjinya, redha dengan apa yang dilakukannya, berbaik sangka kepadaNya dan menunggu dengan sabar pertolongan darinya, merupakan sebahagian daripada hasil dari keimanan yang
paling besar dan merupakan salah satu daripada sifat mukmin yang paling mulia….

SABAR ITU ADALAH SATU UBAT ATAU AZIMAT UNTUK MENGAWAL DIRI….

0 comments:

Post a Comment